Sunday, July 19, 2009

Simple Videos That Can Shift Our Mind Set !



Renungan Sejenak..

Ketika kita sedang menjamu selera...ingatlah !

insan-insan malang mati kebuluran, SEDANGKAN....kita mati dek lemak dan kolestrol !
insan-insan malang mengopek kulit kayu, SEDANGKAN....kita menjamah sweet & sour
insan-insan malang mengorek tanah meratah cacing, SEDANGKAN....kita mencedok mee,
insan-insan malang menelan tanah liat, SEDANGKAN....kita melahap roti empuk,
insan-insan malang meneguk air kelodak, SEDANGKAN.... kita menghirup teh tarik,
insan-insan malang menguyah rerumput kering, SEDANGKAN....kita menjamu brokoli segar,
insan-insan malang bermandikan debu kontang, SEDANGKAN....kita berenang di kolam mineral,
insan-insan malang berkulit tanpa daging, SEDANGKAN....kita selebeh berselulit,
insan-insan malang menadah memohon simpati, SEDANGKAN.... kita memeluk tubuh,
insan-insan malang menadah memohon keajaiban....SEDANGKAN kita melambai lalai keasyikan,
insan-insan malang menadah bersyukur redha, SEDANGKAN.... kita menuding mencemuh takdir,

Acap kali kita merungut dan mengeluh kerana dikurniakan kehidupan yang tidak seperti yang kita ingin dan harap-harapkan. Apakah kita sudah lupa, tentang mereka-meraka di luar sana yang lebih daif daripada kita. Sengsara...hanya membilang hari-hari yang mendatang. Hidup kita adalah satu kesyukuran dan nikmat yang dikurniakan Tuhan. SEDANGKAN.... pada insan-insan malang ini, hidup adalah satu PENYEKSAAN !

Apa lagi yang kita mahu ??? Apa lagi yang perlu kita rengekkan ??? Ayuh, moh kita ramai-ramai belajar bersyukur akan nikmat kehidupan yang dikurniakan Tuhan.

GOD KNOWS WHAT IS THE BEST FOR US & HE IS DOING HIS BEST !.......
beLieve n hold firmly on that !

wie.sukhihotu09.

No comments:

Post a Comment