Saturday, May 21, 2016


Dalam Kehidupan Manusia Yang Penuh Tersesat,

Mengata, Mengeji, Mengfitnah dan Mengumpat,

Perkara Biasa Yang Sukar Dicampak,

Tanpanya Hidup Macam Tak Larat,

Dipuji, Disayang, dan Dinaikkan Pangkat,

Sambil Memijak Kepala Teman, Kawan dan Juga Sahabat.



Mengata, Mengeji, Mengfitnah, Mengumpat Memang Sedap,

Kekadang, Fuh.....Dahsyat !

Yang Mendengar Memang Terangkat,

Yang Kena Bambu Duduk Tersentak,

Tergigit Jari Dagu Ditongkat,

Mengenang Nasib Hidup Tercampak,

Walau Berada Di Pihak Yang Berhak,

Namun Dilayan Umpama Kucing Kurap,

Hidup Merana lagi Meralat,

Umpama Besi Buruk Yang Berkarat.

Terbiar Di Tepi Longkang Yang Tersumbat.



Sabar dan Doa Itulah Ubat,

Mohon Buddha Kurniakan Berkat,

Yang Teraniayai Moga Dirawat,

Yang Menganiayai Bakal Merempat,

Itulah Janji Yang Selalu Diucap,

Menitir Bibir Setiap Umat,

Yang Percaya Akan Kata-Kata Hikmat
SANG BUDDHA, GURU AGUNG  KERAMAT !



Selamat Menyambut Hari Wesak !



sabbe satta sukhita hontuk !

sadhu ! sadhu !
Wiesukhihotu Din Daeng !

Sunday, May 15, 2016


CIKGU ITU TAK FAHAM


Cikgu itu tak faham…….

Kenapa hari ini hati ini berwalang

 Bermandikan air mata di relung hati.

Di manakah silap ajarannya.

Kenapa curahan ilmu gagal meresap dalam nurani.

Adakah kerana muridnya kini murid globalisasi?

Atau ilmu sudah lapuk ditelan zaman ?

Atau sudah berdebu dibaluti idea lusuh ?

Atau cikgu itu gagal menyosong arus kerdipan globalisasi ?

Atau hanya berbekalkan dan berpaksikan semangat pendidik ?


Cikgu itu tak faham……

Di mana cahaya semangat untuk meneruskan perjuangan

Kerana kekalahan muridnya pada persada cabaran

Merenggut dan melemahkan denyutan rohaniahnya.

Sampai bila dia mampu bertahan

Menongkah arus cabaran globalisasi

Menyeka dugaan hati nurani

Di atas kekangan kendiri dan aral meneruskan titis harapan


Cikgu itu tak faham……

Namun, jauh di akar jantungnya,

Satu hari nanti, mereka akan faham.

Apa itu kejayaan?

Apa itu kecemerlangan?

Apa itu genggaman kegigihan

Apa itu ertinya ajaran guru itu.


Kini……. Cikgu itu sudah faham

dia hanya boneka di hati.

dia hanya platform transit transisi

dia hanya lilin di siang hari.

Dia hanya mampu menyeka tangisan dalam tawanya

di dalam hatinya yang kehujanan

membasahi nadi hati pendidik.


CIKGU wi WI wi


SELAMAT  HARI  GURU 2016 !
SELAMAT  HARI  GURU 2016 !
SELAMAT  HARI  GURU 2016 !




Life is not just smooth sailing
The road of life can twist and turn and get a little bumpy at times.

Life is not easy – there are often hurdles in the way and mazes to negotiate.

Sometimes life jumps off the tracks and you head in the wrong direction. And then at times life just sucks.

Wednesday, May 11, 2016

Bad Day

Not every day
is a good day
for the guy like me.

Some days
the hectic routine
reveals  it all
 
Other days
the hectic me
see a yellow ray in my mind
these days I set about
to find the answer.

These days 
neither the idea nor the strength
drained,
these days are the hard days
for the ODD WORKER like me.
BERSALAHKAN AKU

Bersalahkah aku?
andai aku bangun berdiri..
bilamana yang lainnya duduk..
tidak senang dengan tuturku..

Bersalahkah aku?
Menegakkan kebenaran..
mencari keAdilan..
merisik kebetulan..

Bersalahkah aku?
bila suara ku tinggikan..
nadanya sedikit keras..
dalam membenarkan tutur ikhlas..

Bersalahkah aku?
bila ku yakin akan tingkahku..
aku pasti akan tindakanku..
aku nekad dengan keputusanku..

Bersalahkah aku?
melukai hati yang dikasihi..
sedang niatku tiada yang negatif..

Bagaiman harus aku diadili?
salah atau benar?
patut atau tidak?
waras atau....................?

Semakin aku fikir..
semakin aku jauh..
semakin aku menyendiri..

Haruskah aku diam?
Duduk dan jadi pendengar..
Usah suarakan kebenaran..
Usah tegakkan keAdilan..
Usah lagi risik kebetulan..

Itu yang sebaik mungkin..?
Tapi..bersalahkah aku???

Siapakah Gerangannya ?


Bila KuRindu KuTatap Gambar Wajahmu, Siapakah Gerangannya ?
Bila KuSepi KuTatap Warkah Coretanmu, Siapakah Gerangannya ?
Bila KuRatap KuCoretkan Namamu, Siapakah Gerangannya ?

Luka Lalu Berdarah Kembali, Siapakah Gerangannya ?
Kisah Sedu Bergema Kembali, Siapakah Gerangannya ?
Memori Silam Digamit Kembali, Siapakah Gerangannya ?

Siapakah Gerangannya ?
Siapakah Gerangannya  Dikau ?

Aku Sangsi Akan Gerangannya !
Aku Cuak Akan Kehadiran Gerangannya !
Meremang Menanti
Pasti Menanti
Gerangannya ?
Hakikat Yang Hakiki
Pasti !

Tuesday, May 10, 2016


Pesan Ah Kong Ah Ma VI


Duit tak boleh dibawa MATI,

tapi xde duit rasa macam nak MATI !



Duit tak boleh dibawa MASUK KUBUR,

tapi SEBELUM masuk kita kubur perlukan duit !



Duit tak boleh beli KASIH SAYANG,

tapi kasih SAYANG boleh HILANG bila xde duit !



Duit tak boleh beli TIDUR,

tapi xde duit tidur pun TAK LENA !



Duit tak boleh beli HARGA DIRI,

tapi dengan duit harga diri boleh TERGADAI !



Duit tak boleh beli KESIHATAN,

tapi bila sakit dan untuk sihat kita PERLUKAN duit !



Duit tak boleh beli PERSAHABATAN,

tapi kerana duit kita HILANG sahabat !



Duit tak boleh beli KEBIJAKSANAAN,

tapi untuk dapatkan ILMU kita perlukan duit !



Duit tak boleh beli HAK dan KEADILAN,

tapi HAK dan KEADILAN hilang tanpa duit !



Orang yang BODOH Nampak CERDIK bila ada duit,

tapi orang yang CERDIK  nampak BODOH bila tak ada duit !



Orang yang LEMAH Nampak BERKUASA bila ada duit,

tapi orang yang BERKUASA nampak LEMAH bila tak ada duit !



Duit bukan SEGALANYA, tapi segalanya PERLUKAN duit  !

Duit bukan SEGALANYA, tapi segalanya HILANG tanpa duit !

Duit bukan SEGALANYA, tapi segalanya BERMULA dengan duit !

Duit bukan SEGALANYA, tapi segalanya BOLEH DIBELI dengan duit !

Duit bukan SEGALANYA, tapi duit ialah SEGALA-GALANYA !


Jom Menyangkat .......... !

Dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, nescaya diri akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila kemajuan menjadi pesat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, ajaran agama makin semakin liat.
Apabila agama jadi liat, orang baik bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang dengki mula mengkhianat,
Apabila orang dengki mula mengkhianat, orang baik difitnah dikhianat,
Apabila orang baik difitnah dikhianat, orang jahat cepat naik pangkat,
Apabila orang jahat naik pangkat, orang miskin pula berangan nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, ada pula yang nak mati lambat.
Apabila orang nak mati lambat, mulalah lupa dunia lupa akhirat.

Yang lelaki, pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang disikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat padanan baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat, tak pedulikan lagi batasan aurat.
Tidak peduli agama dan adat. Tidak takut Tuhan dan akhirat.
Yang penting apa yang nak dibuat ? Akhirnya, perut kempis dah jadi bulat.
Maka lahirlah anak-anak yang tak cukup sifat.
Masa itulah bayi tidak berdosa dibuang di merata-rata tempat.

Ketika itu IBLIS dan SYAITAN mula MELOMPAT.
Sengeh sambil menobat….Habis manusia tersesat ……termasuk jerat.
Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu, wahai saudara dan para sahabat,
Marilah kita saling mengingat, dunia hari ini semakin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita akan BERANGKAT !
DI SANA kita akan ditanya apa yang kita buat.
Umur banyak, mana ibadat ? Zaman muda, apa yang telah dibuat ? Kenapa kita buat khianat ?
Harta benda, dari mana dapat ? Ilmu, adakah dimanafaat ? Huh, jenuh nak JAWAB.

Hah terbeliak !!! Adoi……SENDIRI TERASA TEMPIAS JUGAK !

Wie.sukhihotu09

Saturday, May 7, 2016


I asked Buddha……. WHY  ?

Buddha answered;
I know you are tired.
I know you are physically and emotionally drained.
I know you are letting go.
I know you are holding for too long.
I know ………..
But you have to keep going, because not everyone will understand your journey and it’s  not their journey to make sense of. It’s yours !

Dun ask  Buddha why is he TAKING you thru the DEEP VALLEY with HARSH WATER. The answer is
…….. because your enemies are ACROPHOBIA and they CAN’T SWIM !

Dun ask  Buddha why is he ENDURING  you with the PAIN from the SAME PEOPLE again and again. The answer is ……….. because the same people who brought you pain, are the ones CHECKING your life again and again to see if you’re HAPPY !

Dun ask Buddha why and where is the KAMMA as promised before. The answer is ……….. because when a bird is alive. Bird eats ants, when the bird is dead. Ant eats the bird. Time & circumstances can change at any time. Don’t devalue or hurt anyone in life ! You may be powerful today, but remember, time is more powerful than you ! One tree makes a million sticks. Only one match stick needed to burn a million trees into ashes !

You are not in competition with no one.
You run my own race.
You have no desire to play the game of being better than anyone.
You just aim to improve to be better than you were before.
That’s you and you are FREE !

Be silly. Have fun. Love the people who treat you right, forget the ones who don’t. Regret nothing. Believe everything happens for a purpose and seek that purpose !

merely sharing………
sabbe satta sukhita hontuk !

With metta,

Wiesukhihotu Din Daeng !