Tuesday, September 29, 2026

IBU OH IBU !

 Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu


Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk Ibu?

Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima sen dibelah sepuluh pun tidak dapat aku kirimkan lagi !

Jom tiap-tiap hari cium mak kita. Makkkkk... I Love You

Sunday, January 24, 2021

Hidup Umpama Layang-Layang

 Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, terajuk disentak, berlegar melentuk di awangan.

 

Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, tangsi dipaut, gah membelah awan.

 

Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, bayu berpuput, terajuk mengendur, terkapai-kapai di awangan.

 

Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, bladu melusuh, tangsi tersirat tersimpul.

 

Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, terajut terlucut, dedaunnya terabak.


Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, menerawang diputingbeliungkan tanpa nokhtah.

 

Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, menjunam menerajah ke dasar alur berlumut berkelodak.

 

Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, membangkai ke penghujung hayat, tanpa ditoleh.

 

Hidup umpama layang-layang, menyongsong deruan angin, hanya sekelumit doa di pangkal tangsi, agar bladu dan hujung tangsi kukuh menggenggam terajuk.

Wiesukhihotu Din Daeng 2021

Thursday, January 21, 2021

Jangan SOMBONG, jangan BONGKAK, sesungguhnya sedarlah bahawa ...............


 

Hidup……

Mati………

Kehidupan hanya sementara,

kematian itu pasti

Siapa yang tau berapa lama engkau bisa terus hidup,

Apa kau sedih karena akan mati?

Apa kau ingin hidup selamanya?

Aku tak ingin!

Untuk apa hidup selamannya jika hanya sendiri dan tanpa erti

Semua manusia akan mati

Semua adalah garis takdir yang harus kita lalui

Sepahit dan seperih apapun garis takdirnnya,

Pasti akan pasti kita lewati,

Sekuat manapun kita menghindar darinya

Tak akan bisa loloskan diri dari takdirnya

Kau cuba lari?

Kemana??

Semua yang kau pijak bukan milik kita,

Kita pasti mati

Matilah…

Matilah kita jika sudah waktunya..............


Saturday, May 21, 2016


Dalam Kehidupan Manusia Yang Penuh Tersesat,

Mengata, Mengeji, Mengfitnah dan Mengumpat,

Perkara Biasa Yang Sukar Dicampak,

Tanpanya Hidup Macam Tak Larat,

Dipuji, Disayang, dan Dinaikkan Pangkat,

Sambil Memijak Kepala Teman, Kawan dan Juga Sahabat.



Mengata, Mengeji, Mengfitnah, Mengumpat Memang Sedap,

Kekadang, Fuh.....Dahsyat !

Yang Mendengar Memang Terangkat,

Yang Kena Bambu Duduk Tersentak,

Tergigit Jari Dagu Ditongkat,

Mengenang Nasib Hidup Tercampak,

Walau Berada Di Pihak Yang Berhak,

Namun Dilayan Umpama Kucing Kurap,

Hidup Merana lagi Meralat,

Umpama Besi Buruk Yang Berkarat.

Terbiar Di Tepi Longkang Yang Tersumbat.



Sabar dan Doa Itulah Ubat,

Mohon Buddha Kurniakan Berkat,

Yang Teraniayai Moga Dirawat,

Yang Menganiayai Bakal Merempat,

Itulah Janji Yang Selalu Diucap,

Menitir Bibir Setiap Umat,

Yang Percaya Akan Kata-Kata Hikmat
SANG BUDDHA, GURU AGUNG  KERAMAT !



Selamat Menyambut Hari Wesak !



sabbe satta sukhita hontuk !

sadhu ! sadhu !
Wiesukhihotu Din Daeng !

Sunday, May 15, 2016


CIKGU ITU TAK FAHAM


Cikgu itu tak faham…….

Kenapa hari ini hati ini berwalang

 Bermandikan air mata di relung hati.

Di manakah silap ajarannya.

Kenapa curahan ilmu gagal meresap dalam nurani.

Adakah kerana muridnya kini murid globalisasi?

Atau ilmu sudah lapuk ditelan zaman ?

Atau sudah berdebu dibaluti idea lusuh ?

Atau cikgu itu gagal menyosong arus kerdipan globalisasi ?

Atau hanya berbekalkan dan berpaksikan semangat pendidik ?


Cikgu itu tak faham……

Di mana cahaya semangat untuk meneruskan perjuangan

Kerana kekalahan muridnya pada persada cabaran

Merenggut dan melemahkan denyutan rohaniahnya.

Sampai bila dia mampu bertahan

Menongkah arus cabaran globalisasi

Menyeka dugaan hati nurani

Di atas kekangan kendiri dan aral meneruskan titis harapan


Cikgu itu tak faham……

Namun, jauh di akar jantungnya,

Satu hari nanti, mereka akan faham.

Apa itu kejayaan?

Apa itu kecemerlangan?

Apa itu genggaman kegigihan

Apa itu ertinya ajaran guru itu.


Kini……. Cikgu itu sudah faham

dia hanya boneka di hati.

dia hanya platform transit transisi

dia hanya lilin di siang hari.

Dia hanya mampu menyeka tangisan dalam tawanya

di dalam hatinya yang kehujanan

membasahi nadi hati pendidik.


CIKGU wi WI wi


SELAMAT  HARI  GURU 2016 !
SELAMAT  HARI  GURU 2016 !
SELAMAT  HARI  GURU 2016 !




Life is not just smooth sailing
The road of life can twist and turn and get a little bumpy at times.

Life is not easy – there are often hurdles in the way and mazes to negotiate.

Sometimes life jumps off the tracks and you head in the wrong direction. And then at times life just sucks.

Wednesday, May 11, 2016

Bad Day

Not every day
is a good day
for the guy like me.

Some days
the hectic routine
reveals  it all
 
Other days
the hectic me
see a yellow ray in my mind
these days I set about
to find the answer.

These days 
neither the idea nor the strength
drained,
these days are the hard days
for the ODD WORKER like me.