Ramai Setuju Cadangan Wajib Lulus Bahasa Inggeris
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelajaran menerima respons yang positif daripada orang ramai berhubung cadangan melaksanakan peraturan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kira-kira 80 peratus respons itu diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon "hotline".
"Kualiti guru bahasa Inggeris perlu dilihat, tambahan masa pembelajaran Bahasa Inggeris juga perlu dikaji dan kalau perlu, kita akan ambil guru Bahasa Inggeris dari luar negara untuk mengajar di sini sebelum kita laksanakan cadangan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) ke-38 di sini, malam ini.
Menurutnya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.
Sunday, July 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment