Sunday, May 15, 2016


CIKGU ITU TAK FAHAM


Cikgu itu tak faham…….

Kenapa hari ini hati ini berwalang

 Bermandikan air mata di relung hati.

Di manakah silap ajarannya.

Kenapa curahan ilmu gagal meresap dalam nurani.

Adakah kerana muridnya kini murid globalisasi?

Atau ilmu sudah lapuk ditelan zaman ?

Atau sudah berdebu dibaluti idea lusuh ?

Atau cikgu itu gagal menyosong arus kerdipan globalisasi ?

Atau hanya berbekalkan dan berpaksikan semangat pendidik ?


Cikgu itu tak faham……

Di mana cahaya semangat untuk meneruskan perjuangan

Kerana kekalahan muridnya pada persada cabaran

Merenggut dan melemahkan denyutan rohaniahnya.

Sampai bila dia mampu bertahan

Menongkah arus cabaran globalisasi

Menyeka dugaan hati nurani

Di atas kekangan kendiri dan aral meneruskan titis harapan


Cikgu itu tak faham……

Namun, jauh di akar jantungnya,

Satu hari nanti, mereka akan faham.

Apa itu kejayaan?

Apa itu kecemerlangan?

Apa itu genggaman kegigihan

Apa itu ertinya ajaran guru itu.


Kini……. Cikgu itu sudah faham

dia hanya boneka di hati.

dia hanya platform transit transisi

dia hanya lilin di siang hari.

Dia hanya mampu menyeka tangisan dalam tawanya

di dalam hatinya yang kehujanan

membasahi nadi hati pendidik.


CIKGU wi WI wi


SELAMAT  HARI  GURU 2016 !
SELAMAT  HARI  GURU 2016 !
SELAMAT  HARI  GURU 2016 !




No comments:

Post a Comment